Makanan yang berkhasiat amat penting semasa berpantang. Ini kerana ia membantu menyembuhkan luka-luka dalaman, memberi kecergasan pada tubuh, mengembalikan bentuk badan dan mengelakkan ibu terkena angin dan urat kembang.
Antara makanan yang sesuai diambil ketika berpantang adalah :
1.Sayur dan ulam
Mengamalkan sayur dan ulam membantu ibu agar sentiasa cergas dan pembuangan pun akan jadi lebih lancar.
2. Ikan
Pilih ikan yang segar dan tidak tajam. Contohnya ikan tenggiri, ikan merah dan ikan putih. Ia dapat membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran.
3. Kunyit
Kerapkan mencampurkan kunyit dalam masakan kerana ia membantu mengecutkan rahim.
4. Bawang putih
Mengamalkan makan bawang putih bantu membuang angin dan juga melancarkan peredaran darah.
5. Halia
Ia dipercayai membantu melancarkan proses penghadaman, memecahkan angin dan membantu memanaskan badan.
6. Buah oren
Ia mengandungi banyak vitamin C dan membantu menyembuhkan luka.
7. Asam Jawa
Ia membantu dalam pembuangan air besar dan juga menyegarkan tubuh.