Wednesday, 15 August 2018

SET PENJAGAAN KULIT YANG SELAMAT DAN BERKESAN

Assalamualaikum dan hai semua. Wah..sekian lama tidak menulis. Kali ini saya begitu teruja kerana saya ingin kongsikan kepada anda set penjagaan kulit yang baru dipasarkan iaitu youth shaklee.

Youth baru sahaja dilancarkan pada mac 2018. Ini merupakan produk penjagaan kulit terbaru dari shaklee setelah membuat kajian selama 8 tahun sebelum dipasarkan dan diperkenalkan kepada orang ramai.

Set penjagaan kulit muka ini terdiri daripada pencuci muka, pembersih, krim siang dengan SPF 50, krim malam, serum dan Radiance C+E yang ianya bebas dari 1500 bahan kimia berbahaya.

Antara kelebihan dan cara menggunakan set penjagaan kulit wajah ini adalah :

1.  Pencuci muka atau Luminous Gel Oil Cleanser


Pembersih ini adalah gabungan campuran vitamin yang dipaten dalam poligenkl serta alga untuk menghaluskan kulit dengan lembut, menyuci serta menyegarkan kulit.

Ia juga tidak mengandungi sabun, PH seimbang yang mampu membersihkan kulit secara lembut dan menyerikan kulit secara semulajadi. Pembersih ini juga bertindak sebagai make-up remover.




Bahan bahan yang terkandung : 

Vital Repair, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau

Cara penggunaan :

Pusingkan sedikit kepala cleanser, picitkan sebesar saiz kacang pea ke atas tapak tangan yang basah, ratakan ke seluruh muka kemudian bilas.

Harga : RM 193.75


2. Pembersih iaitu Perfecting Skin Toner

Ia bertindak membersihkan sel kulit mati, membekalkan nutrisi dan menghidratkan kulit.

Pembersih ini dapat bebaskan kulit daripada kusam dan ejen pencemar persekitaran dengan rejim pembersih wajah bersama dengan campuran vitamin penting, polifenol dan bahan bahan bitanikal yang sudah dipatenkan untuk kulit yang berseri.




Bahan-bahan yang terkandung :

Vital Repair, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau 

Cara penggunaan :

Basahkan kepingan kapas dengan toner dan sapukan ke seluruh wajah. Anda akan nampak sisa kotoran melekat pada kapas kerana ia membersih dengan berkesan.

Harga : RM200

3. Youth Activating Serum

Ia bertindak menjana dan memperbaharui kulit pada peringkat sel untuk kulit tampak lebih berseri dan muda.

Serum ini mengandungi 10 kali kanda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal. Ia terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan Youth Complex yang berkesan seterusnya menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel iaitu sesuatu yang tidak semua produk skincare mampu melakukannya.






Bahan bahan yang terkandung :

Youth complex dengan Apple cell, Lotus Japonicus, Vitamin A Berkapsul

Cara penggunaan : 

Tekan 1 pam di hujung jari dan ratakan ke seluruh wajah.

Harga : RM412

4. Radiance C+E


Bertindak mencerah,menggebu dan mengurangkan garis garis halus,kedutan,pigmentasi,menambahbaik tekstur serta tona kulit sekata 






Cara penggunaan :

Putarkan hujung kapsul dan picitkan C+E ke atas hujung jari dan sapukan pada wajah.
Bagi yang mempunyai kulit sensitif, campurkan Radiance C+E dengan night cream dan sapukan pada kulit

Radiance C+E ini dikatakan sangat spesial kerana ia diformulasikan dengan vitamin C dan E yang merupakan antioksidan yang semestinya mampu membuatkan kulit lagi berseri dan sihat.

Harga : RM412.50


5. Krim Siang iaitu Age Defense Moisturizer denga  SPF 50

Bertindak membersih,menyubur,melembabkan kulit serta menjadikan tona kulit sekata.

Ia melindungi kulit anda bukan hanya melindungi dari sinaran matahari. Lindungi kulit anda dengan pelindung matahari berspektrum dengan SPF 50 UVA.UVB. Botani bernutrien dan bervitamin melembabkan kulit dan menambah baik penampilan kulit secara menyeluruh.




Bahan bahan yang terkandung :

SPF 50,Vital Repair Complex, Muscadine Grape Extract

Cara penggunaan : Ambil setitik pelembab di hujung jari ,titikan pada kulit dan ratakan ke seluruh wajah

Harga : RM206.25

6. Krim malam iaitu Advance Renewal Night Cream


Bertindak menyokong proses pembaharuan sel kulit semasa tidur agar kulit nampak lebih muda,halus dan dan cantik berseri. Campuran botanikal yang khas membantu meransang penghasilan kolagen dan elastin yang menjadikan kulit tampak lebih muda, licin serta cerah.




Bahan yang terkandung :

Vital Repair Complex, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus

Cara Penggunaan : Letakkan krim d hujung jari,titikkan ke seluruh muka dan leher dan ratakan.

Harga : RM250

STATER YOUTH SET IAITU SET PEMULAAN YOUTH


Set ini terdiri daripada cleanser,toner, day cream,night cream. Saya kini menggunakan set permulaan ini untuk menjadikan kulit saya sentiasa lembab,berseri dan cantik setelah hampir seminggu menggunakannya.




Ini antara testimoni pengguna yang menggunakan youth






Jika anda berminat dengan Youth Skincare anda boleh terus hubungi saya atau hanya klik link di bawah untuk membeli harga jimat RM850

Facebook : ummu adeena

No hp : 0148651065

Email : adsan2708@gmail.com


Wednesday, 19 July 2017

MAKANAN YANG SESUAI DIAMBIL SEMASA BERPANTANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis setelah sekian lama berehat. Kali ini saya akan kongsikan mengenai makanan yang sesuai diambil semasa berpantang.

Makanan yang berkhasiat amat penting semasa berpantang. Ini kerana ia membantu menyembuhkan luka-luka dalaman, memberi kecergasan pada tubuh, mengembalikan bentuk badan dan mengelakkan ibu terkena angin dan urat kembang.

Antara makanan yang sesuai diambil ketika berpantang adalah :

1.Sayur dan ulam


Mengamalkan sayur dan ulam membantu ibu agar sentiasa cergas dan pembuangan pun akan jadi lebih lancar.

2. Ikan

Pilih ikan yang segar dan tidak tajam. Contohnya ikan tenggiri, ikan merah dan ikan putih. Ia dapat membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran.

3. Kunyit

Kerapkan mencampurkan kunyit dalam masakan kerana ia membantu mengecutkan rahim.

4. Bawang putih

Mengamalkan makan bawang putih bantu membuang angin dan juga melancarkan peredaran darah.

5. Halia

Ia dipercayai membantu melancarkan proses penghadaman, memecahkan angin dan membantu memanaskan badan.

6. Buah oren

Ia mengandungi banyak vitamin C dan membantu menyembuhkan luka.

7. Asam Jawa

Ia membantu dalam pembuangan air besar dan juga menyegarkan tubuh.

Wednesday, 12 April 2017

LOKASI SHAKLEE KOTA KINABALU BRANCH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Mungkin ada yang belum mengetahui lokasi shaklee branch di Kota Kinabalu.

Cawangan shaklee Kota Kinabalu terletak di Neutron Point, Kelombong yang telah beroperasi dari bulan januari 2013 sehingga sekarang. Alamatnya adalah seperti yang tertera di bawah :

SHAKLEE BRANCH KOTA KINABALU
LOT 4.1, NEUTRON POINT
LORONG PON NEUTRON
JALAN LINTAS KHIDMAT
88300 KOTA KINABALU
SABAH

TEL : 088-393 848
FAX : 088-393 851

WAKTU BEKERJA : 
ISNIN HINGGA JUMAAT (10 PAGI HINGGA 7 MALAM)
SABTU (MINGGU 1 DAN 3 (10 PAGI HINGGA 7 MALAM)



 
         Bangunan shaklee Kota Kinabalu, Sabah


CARA UNTUK KE CAWANGAN SHAKLEE SABAH MELALUI KOTA KINABALU, DAMAI DAN JALAN LINTAS

Saya pasti mungkin ada di antara anda kurang mengetahui dimana Neutron Point di Jalan Lintas Khidmat ini. Jangan risau, saya akan terangkan satu persatu bagaimana cara untuk ke sana.

Jika anda dari Kota Kinabalu, cuba cari jalan ke city mall. Bangunan city mall akan berada di sebelah kiri anda. Teruskan memandu ke jalan utama dan anda kena bersedia untuk mengambil lorong kanan memandangkan anda akan membuat pusingan u turn untuk ke shaklee branch KK.



Ini antara bangunan yang akan anda lalui untuk ke shaklee branch KK


  
Ini merupakan bangunan di seberang jalan yang akan anda lalui untuk sampai ke shaklee branch KK


Sila berjaga jaga dengan simpang U-Turn. Anda kena ambil simpang yang kedua yang mana di seberang jalan anda akan dapat lihat Pusat Jualan Kereta MITSUBISHI. Pusing U-Turn dan terus masuk simpang kiri.



Ini merupakan Pusat Jualan Mitsubishi on the way ke shaklee branch KK. Masuk ke lorong kanan dan buat pusingan U-Turn


Waktu ini, anda akan dapat lihat sebuah bangunan yang besar di sebelah kanan. Di tingkat bawah bangunan, anda akan nampak dengan jelas Restoran FOOK YUEN dan JOURNEYEAST. Sila masuk ke sebelah kanan.


Cawangan shaklee berada di tingkat 4


CARA KE SHAKLEE BRANCH KK MELALUI JALAN INANAM, KELOMBONG

Jika anda datang dari area Inanam atau Kelombong, cari jalan yang menuju ke citymall. Anda akan dapat lihat bangunan citymall berada di sebelah kanan.


Sebelum masuk simpang ke shaklee branch, Mitsubshi showroom berada di sebelah kiri

Teruskan ke jalan utama sehingga anda lihat Mitsubishi showroom pada sebelah kiri. Sila masuk ke simpang kiri dan anda akan lihat di mana letaknya cawangan shaklee kota kinabalu.

Sebarang kemusykilan boleh pm/whatsapp saya ya.









Tuesday, 11 April 2017

CARA-CARA DAN KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE DENGAN SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini saya akan kongsikan cara-cara menjadi ahli shaklee dan kelebihan menjadi ahli shaklee dengan saya.

Ada 2 cara jika ingin menjadi ahli shaklee iaitu :

1. Membayar yuran pendaftaran  RM68.90 dan boleh membeli produk shaklee dengan harga member

2. Membeli produk shaklee dalam 200 uv bersamaaan RM600++

Antara kelebihan menjadi ahli shaklee dengan saya:

1. Anda akan dapat penjimatan sehingga 20 peratus jika membuat pembelian dengan harga ahli. Bukan itu sahaja, setiap pembelian akan ada mata iaitu uv yang lebih dari 150 akan mendapat mata ganjaran yang ditukarkan kepada bentuk wang tunai pada setiap bulan.

2.  Anda akan diajar dan di 'guide' cara berniaga dengan betul secara percuma dari saya dan juga sifu saya yang hebat.

3. Pembelian menjadi lebih mudah dan senang. Hanya klik www.shaklee2u.com.my dan terus boleh pilih barang apa yang ingin dibeli.

4. Anda boleh mempelajari membina blog dari sifu yang hebat dan ilmu ini adalah percuma.

Berminat ingin menjadi ahli shaklee? Boleh hubungi saya di 0148651065.

RESEPI KEGEMARAN ANAK SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Anak anda tentulah mempunyai makanan kegemaran masing-masing. Pastikan makanan mereka itu sihat dan berkhasiat yang penting untuk tumbesaran dan kesihatan mereka.

Anak saya Adeena baru berusia setahun. Jadi dia masih lagi makan bubur. Bubur kegemarannya ialah bubur nasi + labu + ikan bilis. Pasti licin piring jika menu ini disediakan untuknya.


Bahan-bahan :

1. Beras















 2. Labu yang sudah dipotong 















3. Ikan bilis yang sudah digoreng tanpa minyak dan dikisar






















Cara-cara :


1. Basuh beras sehingga bersih. Kemudian rendam beras selama setengah jam untuk pastikan ia cepat dimasak dan cepat lembut.

2. Campurkan sayur labu yang telah dipotong. Masak lebih kurang dalam setengah jam.

3. Apabila bubur sudah masak, masukkan serbuk bilis yang telah dikisar. Gaulkan.




Sangat ringkas dan simple bukan. Selamat mencuba.

Monday, 10 April 2017

KELEBIHAN VITA LEA FOR CHILDREN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Bukan orang dewasa sahaja yang perlukan makanan tambahan. Malah kanak-kanak juga perlukan makanan tambahan untuk membantu tumbesaran yang lebih sihat.

Shaklee menawarkan multivitamin terbaik untuk menampung keperluan nutrisi dan juga tumbesaran mereka. Vita lea for children membekalkan 18 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia juga mengandungi 8 vitamin b dan juga mengandungi kalsium dan magnesium yang penting untuk tulang yang kuat.




Antara kelebihan vita lea for children :


  •  Membantu anak kekal bertenaga
  •  Menguatkan akar rambut dan kuku
  •  Membantu meningkatkan imunisasi anak
  •  Membantu menyihatkan mata
  •  Berperisa anggur yang sangat sedap
  •  Melindungi kesihatan jantung
  •  Memberi perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  •  Meningkatkan penghasilan sel darah merah
  •  Membantu meningkatkan kecerdasan minda

Sunday, 9 April 2017

KELEBIHAN MEALSHAKES SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua. Pada entry kali ini saya akan kongsikan kelebihan dan juga kebaikan mealshakes shaklee.

Mealshakes merupakan sumber protein dan mineral tambahan yang lengkap dengan 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu tumbesaran dan memberi perlindungan yang lebih baik kepada tubuh.

Jika anda yang tidak gemar menelan pil, maka mealshakes adalah amat baik untuk diamalkan. Hanya perlu tambah air dan goncang dalam botol dan anda sekaligus mendapat nutrisi yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.

Antara kelebihan mealshakes ialah :

1. Menyediakan nutrisi lengkap

Mealshakes mempunyai 24 jenis vitamin A hingga Z, mineral dan trace mineral. Kekurangan trace mineral akan memberi kesan yang kurang baik kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif.


2. Untuk tumbesaran yang baik

Mealshakes mengandungi asid folik, biotin dan juga kaya dengan magnesium dan kalsium untuk membina tulang yang sihat. Ia sangat sesuai dengan tumbesaran kanak-kanak dan juga sesuai untuk ibu hamil.


3. Membekalkan nutrien yang mencukupi untuk sel-sel

Mealshakes kaya dengan protein yang membantu dalam membentuk kulit, organ, kuku, rambut dan sel- sel untuk proses pembesaran.





4. Kaya dengan anti-oksida

Mealshakes mengandungi vitamin A, C, E dan selenium dan zink yang merupakan kompenen antioksidaan untuk anti-penuaaan.


5. Membantu mengurangkan masalah sembelit dikalangan kanak-kanak

Mealshakes membantu mengurangkan masalah sembelit pada kanak-kanak. Jadi usus pun jadi kebih sihat jika tiada masalah sembelit.


6. Membantu pemulihan kulit

Mealshakes mengandungi vitamin b complex, cooper dan zink yang lengkap untuk membantu membentuk sel darah merah yang sihat.