Wednesday, 12 April 2017

LOKASI SHAKLEE KOTA KINABALU BRANCH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Mungkin ada yang belum mengetahui lokasi shaklee branch di Kota Kinabalu.

Cawangan shaklee Kota Kinabalu terletak di Neutron Point, Kelombong yang telah beroperasi dari bulan januari 2013 sehingga sekarang. Alamatnya adalah seperti yang tertera di bawah :

SHAKLEE BRANCH KOTA KINABALU
LOT 4.1, NEUTRON POINT
LORONG PON NEUTRON
JALAN LINTAS KHIDMAT
88300 KOTA KINABALU
SABAH

TEL : 088-393 848
FAX : 088-393 851

WAKTU BEKERJA : 
ISNIN HINGGA JUMAAT (10 PAGI HINGGA 7 MALAM)
SABTU (MINGGU 1 DAN 3 (10 PAGI HINGGA 7 MALAM)



 
         Bangunan shaklee Kota Kinabalu, Sabah


CARA UNTUK KE CAWANGAN SHAKLEE SABAH MELALUI KOTA KINABALU, DAMAI DAN JALAN LINTAS

Saya pasti mungkin ada di antara anda kurang mengetahui dimana Neutron Point di Jalan Lintas Khidmat ini. Jangan risau, saya akan terangkan satu persatu bagaimana cara untuk ke sana.

Jika anda dari Kota Kinabalu, cuba cari jalan ke city mall. Bangunan city mall akan berada di sebelah kiri anda. Teruskan memandu ke jalan utama dan anda kena bersedia untuk mengambil lorong kanan memandangkan anda akan membuat pusingan u turn untuk ke shaklee branch KK.



Ini antara bangunan yang akan anda lalui untuk ke shaklee branch KK


  
Ini merupakan bangunan di seberang jalan yang akan anda lalui untuk sampai ke shaklee branch KK


Sila berjaga jaga dengan simpang U-Turn. Anda kena ambil simpang yang kedua yang mana di seberang jalan anda akan dapat lihat Pusat Jualan Kereta MITSUBISHI. Pusing U-Turn dan terus masuk simpang kiri.



Ini merupakan Pusat Jualan Mitsubishi on the way ke shaklee branch KK. Masuk ke lorong kanan dan buat pusingan U-Turn


Waktu ini, anda akan dapat lihat sebuah bangunan yang besar di sebelah kanan. Di tingkat bawah bangunan, anda akan nampak dengan jelas Restoran FOOK YUEN dan JOURNEYEAST. Sila masuk ke sebelah kanan.


Cawangan shaklee berada di tingkat 4


CARA KE SHAKLEE BRANCH KK MELALUI JALAN INANAM, KELOMBONG

Jika anda datang dari area Inanam atau Kelombong, cari jalan yang menuju ke citymall. Anda akan dapat lihat bangunan citymall berada di sebelah kanan.


Sebelum masuk simpang ke shaklee branch, Mitsubshi showroom berada di sebelah kiri

Teruskan ke jalan utama sehingga anda lihat Mitsubishi showroom pada sebelah kiri. Sila masuk ke simpang kiri dan anda akan lihat di mana letaknya cawangan shaklee kota kinabalu.

Sebarang kemusykilan boleh pm/whatsapp saya ya.









No comments:

Post a Comment