Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah saya diberi kesempatan menulis dan kali ini saya akan kongsikan tips untuk tingkatkan selera makan anak.
Para ibu mesti risau kan bila anak kurang makan. Berat pun makin berkurang. Lagi-lagi anak yang suka makan makanan yang tidak berkhasiat seperti jajan. Ia menyebabkan anak kurang nutrisi.
Di sini saya kongsikan tips bagaimana untuk tingkatkan selera makan anak.
1. Pelbagaikan jenis makanan
Para ibu kena kreatif dalam penyediaan makanan untuk anak. Pelbagaikan resepi kerana jika makanan yang sama disediakan setiap hari membuatkan anak bosan dan tidak mahu makan. Pastikan makanan yang disediakan ibu berkhasiat dan bernutrisi.
2. Kurangkan pemberian makanan manis sebelum waktu makan
Hindari anak anda dari mengambil makanan yang manis seperti gula-gula, coklat, aiskrim sebelum waktu makan. Ini kerana anak- anak yang diberikan makanan manis sebelum waktu makan akan mengalami penurunan nafsu makan.
3. Anak lebih suka suasana santai
Suasana yang tenang juga membantu meningkatkan selera makan anak. Duduk dan makan bersantai dengan ahli keluarga boleh membantu anak anda mahu makan kerana melihat ahli keluarga lain juga turut makan. Jangan membentak anak jika makanan mereka tidak habis.
4. Atur jadual makan setiap hari
Para ibu kena peka dengan waktu lapar anak. Jika sampai waktu lapar, maka sediakan makanan anak mengikut waktu laparnya. Ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan selera makan anak. Anak anda akan lapar dengan sendirinya jika ada jadual makan yang spesifik.
5. Ambil suplemen sesuai
Saya cadangkan para ibu ambil suplemen tambahan untuk bantu tingkatkan nafsu makan anak. Mealshakes shaklee sangat sesuai kerana ia membantu meningkatkan selera makan anak. Mealshakes juga mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan yang membantu tumbesaran anak supaya kekal sihat dan bertenaga disamping nutrisi yang lengkap untuk anak.
No comments:
Post a Comment