Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua. Kali ini saya akan berkongsi tips anak menjadi lebih sihat dan tidak mudah jatuh sakit.
Saya percaya sebagai seorang ibu dan bapa, anda mahukan anak anda sentiasa sihat dan tidak mudah jatuh sakit. Jika anak selalu sakit, ia akan merungsingkan fikiran kita. Cuaca di negara kita sekarang yang tidak menentu sekaligus amat mudah untuk mendapat penyakit seperti demam, batuk, selsema dan macam-macam lagi.
Jika anak anda mempunyai imunisasi yang lemah, maka senanglah anak mendapat penyakit seperti yang saya nyatakan di atas. Contohnya demam. Ia merupakan satu reaksi badan yang normal apabila sesuatu virus atau bakteria menyerang tubuh badan kita.
Tetapi apabila anak kita mempunyai imun sistem yang kuat dan kebal, ia akan mampu melawan semula virus yang menyerang tubuh sekaligus simptom demam dapat dikurangkan. Dan apabila imun sistem anak lemah, maka amat mudah terkena virus atau bakteria seterusnya mudah mendapat demam.
Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk anak lebih sihat dan tidak mudah sakit :
1. Amalkan pemakanan yang seimbang
Selalulah hidangkan anak dengan makanan yang seimbang dan tinggi nutrisi untuk kesihatan menyeluruh. Kalau boleh, jauhkan anak pada makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan.
2. Tidur yang secukupnya
Anak perlukan tidur yang cukup. Ini kerana jika mereka mendapat tidur yang mencukupi, ia sekaligus dapat membantu anak merehatkan tubuhnya dan juga dapat membantu menguatkan sistem imun mereka.
3. Jauhkan anak dari persekitaran yang tidak sihat
Perkara ini amatlah dititikberatkan kerana kebanyakan ibu bapa selalu terlepas pandang tentang persekitaran yang tidak sihat. Contoh yang amat ketara ialah asap rokok. Tolong jauhkan asap rokok dari anak kerana ia memberikan kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan mereka.
4. Kerapkan cuci tangan anak
Jika tangan selalu kotor, maka senanglah bakteria datang sekaligus senang untuk mendapat penyakit. Jangan ambil remeh ya kerana tangan merupakan tempat yang paling banyak bakteria merebak. Jadi disiplinkan anak anda untuk selalu mencuci tangan dan ajar mereka cara mencuci tangan dengan betul.
5. Amalkan suplemen yang kuatkan imunisasi mereka
Pada zaman sekarang ini, suplemen sangat penting kerana kebanyakan sumber makanan kita sekarang sudah kurang nutrisinya. Oleh itu cari suplemen yang semulajadi dan selamat untuk anak anda.
Saya berharap tips yang saya kongsikan akan memberi manfaat kepada ibu bapa diluar sana dan sentiasalah amalkan gaya hidup yang sihat.
No comments:
Post a Comment