Monday, 3 April 2017

HOBI SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Diharap semuanya sihat walafiat. 

Saya percaya setiap orang mempunyai hobi. Begitu juga dengan saya. Antara hobi saya ialah melayari internet, membaca dan menonton video. Itu adalah antara kegemaran saya.

Saya amat suka melayari internet kerana banyak info yang saya dapat dan saya dapat mencari info dengan cepat dan mudah. Pelbagai maklumat yang saya boleh dapat melalui internet. Dengan kewujudan internet juga, ia merupakan medium untuk berkomunikasi dengan mudah tanpa memerlukan kos yang tinggi. 

Sebagai peniaga seperti saya, internet amatlah penting untuk saya memperkenalkan perniagaan saya kepada seluruh pelusuk dunia. Dengan wujudnya blog saya, saya dapat berkenalan dengan ramai orang dan dapat berkongsi apa perniagaan yang saya jalankan.



Bagi saya, amalan membaca adalah sangat digalakkan dan ia amat penting untuk menambah ilmu pengetahuan. Saya suka membaca buku yang berunsurkan kesihatan, kekeluargaan, majalah dan juga surat khabar. Dengan membaca, ia dapat meluaskan ilmu pengetahuan saya dan juga dapat mengetahui tentang berita terkini.

Menonton video merupakan hobi saya pada masa lapang. Saya suka menonton video tentang kesihatan, keagamaan kerana ia bukan saja hanya sekadar menonton tetapi ia juga memberi ilmu dan manfaat yang banyak kepada saya. Dari video yang saya tonton contohnya ceramah agama, ceramah motivasi, ia sekaligus dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang kehidupan.

Sekian sahaja perkongsian dari saya. Semoga bertemu lagi pada entry yang akan datang.

No comments:

Post a Comment