Wednesday, 12 April 2017

LOKASI SHAKLEE KOTA KINABALU BRANCH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Mungkin ada yang belum mengetahui lokasi shaklee branch di Kota Kinabalu.

Cawangan shaklee Kota Kinabalu terletak di Neutron Point, Kelombong yang telah beroperasi dari bulan januari 2013 sehingga sekarang. Alamatnya adalah seperti yang tertera di bawah :

SHAKLEE BRANCH KOTA KINABALU
LOT 4.1, NEUTRON POINT
LORONG PON NEUTRON
JALAN LINTAS KHIDMAT
88300 KOTA KINABALU
SABAH

TEL : 088-393 848
FAX : 088-393 851

WAKTU BEKERJA : 
ISNIN HINGGA JUMAAT (10 PAGI HINGGA 7 MALAM)
SABTU (MINGGU 1 DAN 3 (10 PAGI HINGGA 7 MALAM)



 
         Bangunan shaklee Kota Kinabalu, Sabah


CARA UNTUK KE CAWANGAN SHAKLEE SABAH MELALUI KOTA KINABALU, DAMAI DAN JALAN LINTAS

Saya pasti mungkin ada di antara anda kurang mengetahui dimana Neutron Point di Jalan Lintas Khidmat ini. Jangan risau, saya akan terangkan satu persatu bagaimana cara untuk ke sana.

Jika anda dari Kota Kinabalu, cuba cari jalan ke city mall. Bangunan city mall akan berada di sebelah kiri anda. Teruskan memandu ke jalan utama dan anda kena bersedia untuk mengambil lorong kanan memandangkan anda akan membuat pusingan u turn untuk ke shaklee branch KK.



Ini antara bangunan yang akan anda lalui untuk ke shaklee branch KK


  
Ini merupakan bangunan di seberang jalan yang akan anda lalui untuk sampai ke shaklee branch KK


Sila berjaga jaga dengan simpang U-Turn. Anda kena ambil simpang yang kedua yang mana di seberang jalan anda akan dapat lihat Pusat Jualan Kereta MITSUBISHI. Pusing U-Turn dan terus masuk simpang kiri.



Ini merupakan Pusat Jualan Mitsubishi on the way ke shaklee branch KK. Masuk ke lorong kanan dan buat pusingan U-Turn


Waktu ini, anda akan dapat lihat sebuah bangunan yang besar di sebelah kanan. Di tingkat bawah bangunan, anda akan nampak dengan jelas Restoran FOOK YUEN dan JOURNEYEAST. Sila masuk ke sebelah kanan.


Cawangan shaklee berada di tingkat 4


CARA KE SHAKLEE BRANCH KK MELALUI JALAN INANAM, KELOMBONG

Jika anda datang dari area Inanam atau Kelombong, cari jalan yang menuju ke citymall. Anda akan dapat lihat bangunan citymall berada di sebelah kanan.


Sebelum masuk simpang ke shaklee branch, Mitsubshi showroom berada di sebelah kiri

Teruskan ke jalan utama sehingga anda lihat Mitsubishi showroom pada sebelah kiri. Sila masuk ke simpang kiri dan anda akan lihat di mana letaknya cawangan shaklee kota kinabalu.

Sebarang kemusykilan boleh pm/whatsapp saya ya.









Tuesday, 11 April 2017

CARA-CARA DAN KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE DENGAN SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini saya akan kongsikan cara-cara menjadi ahli shaklee dan kelebihan menjadi ahli shaklee dengan saya.

Ada 2 cara jika ingin menjadi ahli shaklee iaitu :

1. Membayar yuran pendaftaran  RM68.90 dan boleh membeli produk shaklee dengan harga member

2. Membeli produk shaklee dalam 200 uv bersamaaan RM600++

Antara kelebihan menjadi ahli shaklee dengan saya:

1. Anda akan dapat penjimatan sehingga 20 peratus jika membuat pembelian dengan harga ahli. Bukan itu sahaja, setiap pembelian akan ada mata iaitu uv yang lebih dari 150 akan mendapat mata ganjaran yang ditukarkan kepada bentuk wang tunai pada setiap bulan.

2.  Anda akan diajar dan di 'guide' cara berniaga dengan betul secara percuma dari saya dan juga sifu saya yang hebat.

3. Pembelian menjadi lebih mudah dan senang. Hanya klik www.shaklee2u.com.my dan terus boleh pilih barang apa yang ingin dibeli.

4. Anda boleh mempelajari membina blog dari sifu yang hebat dan ilmu ini adalah percuma.

Berminat ingin menjadi ahli shaklee? Boleh hubungi saya di 0148651065.

RESEPI KEGEMARAN ANAK SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Anak anda tentulah mempunyai makanan kegemaran masing-masing. Pastikan makanan mereka itu sihat dan berkhasiat yang penting untuk tumbesaran dan kesihatan mereka.

Anak saya Adeena baru berusia setahun. Jadi dia masih lagi makan bubur. Bubur kegemarannya ialah bubur nasi + labu + ikan bilis. Pasti licin piring jika menu ini disediakan untuknya.


Bahan-bahan :

1. Beras















 2. Labu yang sudah dipotong 















3. Ikan bilis yang sudah digoreng tanpa minyak dan dikisar






















Cara-cara :


1. Basuh beras sehingga bersih. Kemudian rendam beras selama setengah jam untuk pastikan ia cepat dimasak dan cepat lembut.

2. Campurkan sayur labu yang telah dipotong. Masak lebih kurang dalam setengah jam.

3. Apabila bubur sudah masak, masukkan serbuk bilis yang telah dikisar. Gaulkan.




Sangat ringkas dan simple bukan. Selamat mencuba.

Monday, 10 April 2017

KELEBIHAN VITA LEA FOR CHILDREN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Bukan orang dewasa sahaja yang perlukan makanan tambahan. Malah kanak-kanak juga perlukan makanan tambahan untuk membantu tumbesaran yang lebih sihat.

Shaklee menawarkan multivitamin terbaik untuk menampung keperluan nutrisi dan juga tumbesaran mereka. Vita lea for children membekalkan 18 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia juga mengandungi 8 vitamin b dan juga mengandungi kalsium dan magnesium yang penting untuk tulang yang kuat.




Antara kelebihan vita lea for children :


  •  Membantu anak kekal bertenaga
  •  Menguatkan akar rambut dan kuku
  •  Membantu meningkatkan imunisasi anak
  •  Membantu menyihatkan mata
  •  Berperisa anggur yang sangat sedap
  •  Melindungi kesihatan jantung
  •  Memberi perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  •  Meningkatkan penghasilan sel darah merah
  •  Membantu meningkatkan kecerdasan minda

Sunday, 9 April 2017

KELEBIHAN MEALSHAKES SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua. Pada entry kali ini saya akan kongsikan kelebihan dan juga kebaikan mealshakes shaklee.

Mealshakes merupakan sumber protein dan mineral tambahan yang lengkap dengan 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu tumbesaran dan memberi perlindungan yang lebih baik kepada tubuh.

Jika anda yang tidak gemar menelan pil, maka mealshakes adalah amat baik untuk diamalkan. Hanya perlu tambah air dan goncang dalam botol dan anda sekaligus mendapat nutrisi yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.

Antara kelebihan mealshakes ialah :

1. Menyediakan nutrisi lengkap

Mealshakes mempunyai 24 jenis vitamin A hingga Z, mineral dan trace mineral. Kekurangan trace mineral akan memberi kesan yang kurang baik kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif.


2. Untuk tumbesaran yang baik

Mealshakes mengandungi asid folik, biotin dan juga kaya dengan magnesium dan kalsium untuk membina tulang yang sihat. Ia sangat sesuai dengan tumbesaran kanak-kanak dan juga sesuai untuk ibu hamil.


3. Membekalkan nutrien yang mencukupi untuk sel-sel

Mealshakes kaya dengan protein yang membantu dalam membentuk kulit, organ, kuku, rambut dan sel- sel untuk proses pembesaran.





4. Kaya dengan anti-oksida

Mealshakes mengandungi vitamin A, C, E dan selenium dan zink yang merupakan kompenen antioksidaan untuk anti-penuaaan.


5. Membantu mengurangkan masalah sembelit dikalangan kanak-kanak

Mealshakes membantu mengurangkan masalah sembelit pada kanak-kanak. Jadi usus pun jadi kebih sihat jika tiada masalah sembelit.


6. Membantu pemulihan kulit

Mealshakes mengandungi vitamin b complex, cooper dan zink yang lengkap untuk membantu membentuk sel darah merah yang sihat.

TIPS TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah saya diberi kesempatan menulis dan kali ini saya akan kongsikan tips untuk tingkatkan selera makan anak.

Para ibu mesti risau kan bila anak kurang makan. Berat pun makin berkurang. Lagi-lagi anak yang suka makan makanan yang tidak berkhasiat seperti jajan. Ia menyebabkan anak kurang nutrisi.

Di sini saya kongsikan tips bagaimana untuk tingkatkan selera makan anak.

1. Pelbagaikan jenis makanan

Para ibu kena kreatif dalam penyediaan makanan untuk anak. Pelbagaikan resepi kerana jika makanan yang sama disediakan setiap hari membuatkan anak bosan dan tidak mahu makan. Pastikan makanan yang disediakan ibu berkhasiat dan bernutrisi.



2. Kurangkan pemberian makanan manis sebelum waktu makan

Hindari anak anda dari mengambil makanan yang manis seperti gula-gula, coklat, aiskrim sebelum waktu makan. Ini kerana anak- anak yang diberikan makanan manis sebelum waktu makan akan mengalami penurunan nafsu makan.

3. Anak lebih suka suasana santai

Suasana yang tenang juga membantu meningkatkan selera makan anak. Duduk dan makan bersantai dengan ahli keluarga boleh membantu anak anda mahu makan kerana melihat ahli keluarga lain juga turut makan. Jangan membentak anak jika makanan mereka tidak habis.

4. Atur jadual makan setiap hari

Para ibu kena peka dengan waktu lapar anak. Jika sampai waktu lapar, maka sediakan makanan anak mengikut waktu laparnya. Ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan selera makan anak. Anak anda akan lapar dengan sendirinya jika ada jadual makan yang spesifik.

5. Ambil suplemen sesuai

Saya cadangkan para ibu ambil suplemen tambahan untuk bantu tingkatkan nafsu makan anak. Mealshakes shaklee sangat sesuai kerana ia membantu meningkatkan selera makan anak. Mealshakes juga mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan yang membantu tumbesaran anak supaya kekal sihat dan bertenaga disamping nutrisi  yang lengkap untuk anak.

Wednesday, 5 April 2017

SUPLEMEN UNTUK TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada entry kali ini, saya akan kongsikan suplemen yang boleh membantu untuk tingkatkan selera makan anak.

Apabila anak kurang selera makan ditambah dengan cerewet dalam memilih makan amat merunsingkan kita sebagai ibu. Itu juga salah satu punca mengapa anak kita kurang berat dan paling merunsingkan apabila berat anak sangat tidak sesuai dengan usianya atau dari erti kata lain beratnya berada paras garisan kuning.

Benda macam ni lah membuatkan kita pening memikirkan apa cara terbaik atau apa makanan tambahan untuk menambah selera anak dan yang paling penting kandungan suplemen tersebut mesti mempunyai zinc, vitamin B12 dan juga vitamin D yang membantu menambah selera anak.


shaklee beaufort, shaklee sipitang, shaklee papar, shaklee sabah



Makanan tambahan atau suplemen yang saya syorkan ialah Mealshakes Shaklee. Ini kerana kandungan dalam Mealshakes mempunyai ketiga-tiga vitamin yang saya sebut di atas. Ia juga merupakan sumber protein yang mempunyai mineral tambahan dan mempunyai 9 asid amino yang amat diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran yang lebih baik.

Mealshakes juga mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan yang membantu tumbesaran kanak-kanak supaya kekal sihat dan bertenaga disamping mendapat nutrisi yang mencukupi sepanjang hari. Rasanya yang sangat sedap iaitu berperisa vanilla yang pasti kanak-kanak akan sukakannya.




Tuesday, 4 April 2017

SUPLEMEN YANG SESUAI UNTUK KUATKAN PERTAHANAN BADAN ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Seperti yang kita ketahui cuaca di negara kita sekarang tidak menentu. Cuaca yang terlampau panas mahupun cuaca yang terlalu sejuk akan mempengaruhi kesihatan terutamanya kesihatan kanak- kanak. Ini kerana sistem imun mereka belum cukup matang dan amat mudah terdedah dengan risiko kepada jangkitan kuman.

Ibu bapa perlu ambil berat dan prihatin tentang kesihatan anak dan selalulah monitor perkembangan kesihatan anak sebelum menjadi lebih serius. Segelintir ibu bapa selalu mengambil remeh tentang hal ini.

Di sini saya kongsikan makanan tambahan yang membantu kuatkan pertahanan badan anak.

1. Nutriferon

Kalau boleh, hindari anak anda daripada pengambilan ubat penahan sakit terutamanya ketika demam kerana kebanyakan ubat memberi kesan sampingan yang tidak baik untuk anak anda.

Nutriferon amat sesuai untuk diamalkan kepada anak kerana ia menggunakan bahan yang semulajadi dan selamat untuk digunakan. Ia dicipta oleh pakar imun iaitu Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo, Jepun pada tahun 1954.

Nutriferon mengandungi 4 estrak tumbuhan yang mendorong interferon semulajadi tubuh. Antaranya ialah:


  • Bunga safflower berfungsi meningkatkan sel darah putih yang penting untuk musnahkan kuman
  • Honeysuckle Jepun berfungsi menentang kuman yang menceroboh masuk
  • Biji labu berfungsi sebagai pendorong pengeluaran interferon
  • Biji plantago berfungsi untuk mengaktifkan sel-sel imuniti tubuh

2. Vita-lea for children



Vitamin ini mengandungi 18 vitamin dan mineral untuk melengkapkan keperluan tubuh kanak-kanak.

Ia juga turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium untuk menguatkan tulang dan menjadikan badan lebuh sihat. Ia juga mengandungi pemanis semulajadi dan berperisa anggur dan campuran perisa beri yang sangat disukai oleh kanak-kanak. Mereka pasti akan sukakannya.

3. Omega guard



Vitamin ini amat baik untuk diamalkan kerana ia merupakan minyak ikan terbaik yang membantu meningkatkan imunisasi anak-anak. Ia juga membantu sel-sel saraf otak anak-anak yang menjadikan anak lebih bijak dan pintar.

Omega guard mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA dan DHA.

Jika diamalkan, ia dapat megurangkan jangkitan pernafasan terhadap anak dan menjadikan anak lebih sihat dan aktif.

RESEPI SALAD BUAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua. Entry kali ini, saya akan kongsikan resepi sihat yang sangat mudah dan ringkas iaitu salad buah.

Bahan-bahan yang diperlukan :

- Epal
- Anggur
- Susu cair
- Mayonis

Cara-cara membuat salad buah:

1. Potong dadu buah epal dan potong dua buah anggur. Masukkan dalam mangkuk




2. Gaulkan dengan sedikit mayonis


3. Tambahkan susu cair


4. Gaul hingga sebati


Sangat ringkas dan mudah bukan. Selamat mencuba 😃

Monday, 3 April 2017

TIPS ANAK LEBIH SIHAT DAN TIDAK MUDAH SAKIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua. Kali ini saya akan berkongsi tips anak menjadi lebih sihat dan tidak mudah jatuh sakit.

Saya percaya sebagai seorang ibu dan bapa, anda mahukan anak anda sentiasa sihat dan tidak mudah jatuh sakit. Jika anak selalu sakit, ia akan merungsingkan fikiran kita. Cuaca di negara kita sekarang yang tidak menentu sekaligus amat mudah untuk mendapat penyakit seperti demam, batuk, selsema dan macam-macam lagi.

Jika anak anda mempunyai imunisasi yang lemah, maka senanglah anak mendapat penyakit seperti yang saya nyatakan di atas. Contohnya demam. Ia merupakan satu reaksi badan yang normal apabila sesuatu virus atau bakteria menyerang tubuh badan kita. 

Tetapi apabila anak kita mempunyai imun sistem yang kuat dan kebal, ia akan mampu melawan semula virus yang menyerang tubuh sekaligus simptom demam dapat dikurangkan. Dan apabila imun sistem anak lemah, maka amat mudah terkena virus atau bakteria seterusnya mudah mendapat demam.



Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk anak lebih sihat dan tidak mudah sakit :

1. Amalkan pemakanan yang seimbang 

Selalulah hidangkan anak dengan makanan yang seimbang dan tinggi nutrisi untuk kesihatan menyeluruh. Kalau boleh, jauhkan anak pada makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan.

2. Tidur yang secukupnya

Anak perlukan tidur yang cukup. Ini kerana jika mereka mendapat tidur yang mencukupi, ia sekaligus dapat membantu anak merehatkan tubuhnya dan juga dapat membantu menguatkan sistem imun mereka.

3. Jauhkan anak dari persekitaran yang tidak sihat

Perkara ini amatlah dititikberatkan kerana kebanyakan ibu bapa selalu terlepas pandang tentang persekitaran yang tidak sihat. Contoh yang amat ketara ialah asap rokok. Tolong jauhkan asap rokok dari anak kerana ia memberikan kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan mereka.

4. Kerapkan cuci tangan anak

Jika tangan selalu kotor, maka senanglah bakteria datang sekaligus senang untuk mendapat penyakit. Jangan ambil remeh ya kerana tangan merupakan tempat yang paling banyak bakteria merebak. Jadi disiplinkan anak anda untuk selalu mencuci tangan dan ajar mereka cara mencuci tangan dengan betul.

5. Amalkan suplemen yang kuatkan imunisasi mereka

Pada zaman sekarang ini, suplemen sangat penting kerana kebanyakan sumber makanan kita sekarang sudah kurang nutrisinya. Oleh itu cari suplemen yang semulajadi dan selamat untuk anak anda.

Saya berharap tips yang saya kongsikan akan memberi manfaat kepada ibu bapa diluar sana dan sentiasalah amalkan gaya hidup yang sihat.



HOBI SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Diharap semuanya sihat walafiat. 

Saya percaya setiap orang mempunyai hobi. Begitu juga dengan saya. Antara hobi saya ialah melayari internet, membaca dan menonton video. Itu adalah antara kegemaran saya.

Saya amat suka melayari internet kerana banyak info yang saya dapat dan saya dapat mencari info dengan cepat dan mudah. Pelbagai maklumat yang saya boleh dapat melalui internet. Dengan kewujudan internet juga, ia merupakan medium untuk berkomunikasi dengan mudah tanpa memerlukan kos yang tinggi. 

Sebagai peniaga seperti saya, internet amatlah penting untuk saya memperkenalkan perniagaan saya kepada seluruh pelusuk dunia. Dengan wujudnya blog saya, saya dapat berkenalan dengan ramai orang dan dapat berkongsi apa perniagaan yang saya jalankan.



Bagi saya, amalan membaca adalah sangat digalakkan dan ia amat penting untuk menambah ilmu pengetahuan. Saya suka membaca buku yang berunsurkan kesihatan, kekeluargaan, majalah dan juga surat khabar. Dengan membaca, ia dapat meluaskan ilmu pengetahuan saya dan juga dapat mengetahui tentang berita terkini.

Menonton video merupakan hobi saya pada masa lapang. Saya suka menonton video tentang kesihatan, keagamaan kerana ia bukan saja hanya sekadar menonton tetapi ia juga memberi ilmu dan manfaat yang banyak kepada saya. Dari video yang saya tonton contohnya ceramah agama, ceramah motivasi, ia sekaligus dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang kehidupan.

Sekian sahaja perkongsian dari saya. Semoga bertemu lagi pada entry yang akan datang.

Sunday, 2 April 2017

SAYA PENGEDAR DAN EJEN SHAKLEE AKTIF SEKITAR KAWASAN BEAUFORT, SIPITANG, PAPAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua.

Saya Susanti binti Osman. Berasal dari Kg Kawang, Papar, Sabah. Saya merupakan pengedar dan ejen shaklee aktif sekitar kawasan Beaufort, Sipitang, Papar dan juga seluruh Sabah.

Saya mula mengamalkan produk shaklee pada tahun 2014 dan  menjadi pengedar pada bulan Julai, 2015 dan aktif sehingga sekarang. 


shaklee beaufort, shaklee sipitang, shaklee papar, shaklee sabah


Dengan  bermula dengan vitamin kesihatan badan, seterusnya Set Kehamilan, Set Berpantang, Set Penyusuan, saya sangat yakin dengan kehebatan produk shaklee kerana keberkesanannya dan ia sangat selamat dan semulajadi.

Jika ingin tahu lebih lanjut tentang produk shaklee atau ingin mendapatkan produk shaklee boleh terus hubungi saya di :

call/msg/whatsapp/telegram : 0148651065

Facebook : Ummu Adeena

Instagram : misz_purple2708

Insya Allah saya akan membantu anda memberi info yang lengkap mengenai produk shaklee dan memberikan konsultasi dan cara pemakanan yang betul.