Friday, 31 March 2017

CLOSING SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini merupakan hari closing bagi shaklee. Mungkin ramai yang masih lagi berurusan di branch untuk pecutan saat akhir.

Pada hari closing day, ia biasanya berlaku pada akhir setiap bulan. Pada hari ini, 31 hb 3 merupakan hari closing bagi bulan mac. Hari ini merupakan hari terakhir perkiraan UV iaitu unit value untuk mendapatkan bonus pada pertengahan bulan hadapan atas usaha kita sendiri bermula awal bulan sehingga hari closing.




Pada hari closing kita sebagai Shaklee Independant Distributor kena peka dengan pengiraan UV kita kerana ia adalah penentu samada kita akan mendapat bonus atau tidak. 

Sebagai SID, kita mesi ada keyakinan dalam diri. Adakah kita yakin dengan apa yang kita ingin lakukan dan adakah kita yakin dengan target kita pada bulan ini ? Jadi tetapkanlah keyakinan. Jika tidak yakin, berdoalah. Minta dengan Allah untuk diberi keyakinan dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan.

Akhir kata, good luck pada semua SID dan selamat berjuang. Semoga matlamat anda tercapai. In syaa Allah.

TIPS UNTUK KURANGKAN STRESS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Pada entry kali ini saya akan berkongsi tips dan cara mengurangkan stress.

Saya pasti setiap orang pasti pernah melalui stress atau tekanan. Terdapat banyak sebab yang menyebabkan kita stress, antaranya tekanan di tempat kerja, masalah keluarga, masalah kewangan, masalah kesihatan dan banyak lagi.

Jika kita membiarkan perkara ini tanpa penyelesaian yang betul, ia akan menyebabkan kita bertambah stress dan seterusnya menyebabkan kemurungan yang melampau. Dan sekaligus boleh memberi impak yang tidak baik terhadap kesihatan. Lama kelamaan akan memusnahkan kehidupan kita.



Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk kurangkan stress.

1. Tidur yang cukup

Tidur yang mencukupi berperanan penting untuk mengimbangkan emosi kita. Kita akan menjadi lebih positif kerana mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan rutin harian.

2. Melakukan terapi

Dengan melakukan terapi seperti bersiar-siar dan bercuti dapat mengurangkan rasa stress sekaligus dapat menenangkan fikiran dan emosi.

3. Eratkan hubungan dengan Pencipta

Sebagai umat Islam, kita harus mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan segala perintahnya dan melakukan perkara-perkara yang disukai Allah. Ia sekaligus menjadikan kita lebih tenang dan stress pun dapat dielakkan.

4. Menjaga kesihatan

Jika kesihatan kita baik, maka emosi pun dapat dikawal dengan tenang kerana jika kita sakit, maka kita pun makin senang untuk stress.

5. Bawa berbincang jika ada masalah

Haruslah dibawa berbincang dengan orang yang tersayang tentang masalah yang dihadapi dan minta pendapat bagaimana menyelesaikan suatu masalah. Ia sekaligus mengurangkan tekanan yang kita hadapi.

Saya berharap tips yang saya kongsikan akan dapat membantu anda menangani stress dan mengawal emosi. Diharap ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.




Thursday, 30 March 2017

SUPLEMEN UNTUK ANXIETY DISORDERS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini saya akan kongsikan suplemen yang boleh membantu mengurangkan gejala anxiety disorders.

Ganguan emosi sering terjadi pada kita apabila selalu stress. Jika berlarutan, ia akan mejadi serius seterusnya kemurungan pun terjadi dan akan mengakibatkan munculnya anxiety disorders. Jadi, sebelum menjadi lebih serius, kita patut kurangkan gejala tersebut.

Gejala tersebut boleh dikurangkan dan boleh juga dihindari dengan rawatan yang betul. Untuk sesiapa yang mengalami gejala ini tetapi mahukan suplemen sebagai alternatif selain dari ubat doktor, di sini saya kongsikan suplemen yang boleh membantu anda.

Antara suplemen yang saya syorkan ialah :

1. B complex



Sepertimana yang kita tahu, b complex amat penting di ambil setiap hari kerana ia lengkap dengan 8 jenis vitamin dimana ia amat penting untuk mengawal masalah kemurungan dan mengurangkan stress. Kandungan vitamin yang terdapat pada b complex:

  • Vitamin B12 dan asid folik  
         Berfungsi mengawal kemurungan dan menyokong kesihatan jantung dimana ia
         ia penting untuk menghindari keresahan yang boleh menyebabkan jantung panik.
  • Vitamin B3
         Berfungsi dalam banyak proses enzim
  • Vitamin B1
         Berfungsi mengawal gula dalam darah yang boleh mengurangkan rasa kebimbangan 


2. Omega guard



Omega guard shaklee kaya dengan omega 3 yang penting untuk mengurangkan kemurungan dan merawat anxiety. Ia merupakan minyak ikan terbaik memberi EPA dan DHA yang lebih tinggi berbanding jenama lain.

3. Ostematrix



Selain berfungsi sebagai kalsium untuk kesihatan tulang, kombinasi kalsium dan magnesium yang terdapat dalam ostematrix juga boleh mengurangkan masalah kemurungan dan anxiety. 

Ia juga membantu mencegah kemurungan,kebimbangan yang melampau dan selalu ketakutan. Apabila mengamalkan setiap malam, ia akan membantu kita tidur lebih nyenyak.

CARA MENGATASI ANXIETY DISORDERS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dalam entry saya sebelum ini saya telah berkongsi tentang apa itu anxiety disorders. Kali ini saya akan kongsikan tips untuk mengatasi anxiety disorders.

Seperti yang kita tahu, anxiety disorders merupakan gangguan mental dan emosi yang melampau dan jika tidak dirawat, ia akan menyebabkan pesakit terfikir untuk membunuh diri. Ia sangat membahayakan bukan.

 Di sini saya akan berkongsi tips dan cara mengatasi anxiety disorders

1. Sentiasalah bergembira dan ketawa

Jika tiba-tiba anda merasakan kemurungan dan stress, ambillah sedikit masa untuk ketawa seperti bergurau dengan kawan-kawan atau menonton video lawak.

2. Tidur yang cukup

Pola tidur yang tidak cukup akan memburukkan lagi keadaan emosi dan menyebabkan stress yang serius. Jadi cukuplah waktu tidur antara 7 hingga 8 jam sehari.

3. Jaga Pemakanan

Makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang. Banyakkan pemgambilan makanan yang bernutrisi yang mengandungi vitamin B dan omega 3 kerana ia boleh membantu mengurangkan gejala kemurungan dan kesihatan mental.

4. Bernafas dengan baik

Ia juga boleh membantu di kala kita mengalami gangguan emosi yang tidak stabil. Cubalah menarik nafas dalam-dalam dan ia membantu otak kita lebih rileks.

5. Sentiasa dekatkan diri dengan tuhan

Bagi yang muslim, sentiasalah dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan berzikir dan amalkan ayat- ayat ruqyah. Insyaa Allah ia akan banyak membantu kita lebih tenang dan dapat menstabilkan emosi.

6. Sentiasa berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan 

Rajinkanlah berjumpa doktor dan seringlah bertanya tentang rawatan dan juga dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar untuk mengatasi masalah anxiety disorders ini.



Saya berharap tips yang saya kongsikan dapat membantu anda dan berharap agar ia bermanfaat untuk kita semua.

ANXIETY DISORDERS

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua. Kali ini saya akan berkongsi tentang apa itu anxiety disoders. Mungkin ada yang belum pernah mendengar dan kurang mengetahui apa itu anxiety disorders.

Anxiety disorders merupakan satu penyakit yang berkaitan mental dan gangguan emosi yang sangat serius. Kebimbangan (anxiety) yang tidak dirawat akan menyebabkan kemurungan (depression). Kemurungan ini akan menyebabkan pesakit terfikir untuk membunuh diri.

Kebimbangan yang melampau sekaligus akan mengganggu aktiviti yang biasa dilakukan setiap hari. Ini adalah anxiety disorders dan semasa tekanan memuncak, ia akan menyebabkan pesakit tiba-tiba pengsan, cepat marah, menjerit sehingga hilang perasaan malu dan bertindak mengikut perasaaan.



Antara tanda-tanda umum anxiety disorders :

1. Panik dan kebimbangan yang melampau
2. Sering dihantui mimpi buruk
3. Sering mengalami ketegangan otot
4. Sentiasa tidak tenang dan duduk diam
5. Sering mengalami detak jantung yang tidak teratur
6. Memiliki tingkah laku yang aneh seperti sering mencuci tangan berkali-kali
7. Sering trauma kerana terlalu memikirkan peristiwa yang menyebabkan mereka trauma

Jika ada tanda-tanda diatas, maka cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang sesuai.

Wednesday, 29 March 2017

PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA DI KUNDASANG, RANAU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menulis. Kali ini saya akan kongsikan percutian saya bersama keluarga di kundasang.

Kami bercuti pada bulan disember tahun lepas iaitu dari 2 disember sehingga 4 disember 2016. Alhamdulillah perjalanan kami ke kundasang sangat lancar walaupun cuaca ketika itu agak mendung dan berkabus.

Kami menginap di walai tokou homestay. Ia merupakan perkampungan yang majoritinya merupakan homestay. Harganya juga sangat berpatutan. Layanan tuan rumah juga sangat baik. Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur,ruang tamu yang luas, 2 tandas dan ruang dapur yang sangat selesa.

Pada hari pertama. kami sampai agak lewat. Jadi kami merancang untuk berjalan pada esok sahaja. Lagipun kami memerlukan rehat yang secukupnya untuk perjalanan esok.

Esoknya kami meneruskan percutian kami ke Poring, Hot Spring, Ranau. Ia mengambil masa selama 45 minit dari kundasang. Jika ingin merasa air panas semulajadi, bolehlah berkunjung ke sini. Pengunjung boleh mandi manda samada di kawasan terbuka atau kolam yang disediakan dalam bilik. Kami memilih mandi di dalam bilik sahaja kerana ia sangat selesa terutama bagi saya yang berhijab.



Aksi deena di poring hot spring


Setelah puas mandi manda, kami pun meneruskan perjalanan ke Tagal, Sungai Moroli, Kg Luanti Baru, Ranau. Di sana, kita dapat melihat ikan tagal sambil memberi makanan. Ikan ini sangat unik kerana apabila kita menghampiri kawasan ikan tersebut, ia kan menggigit manja kaki kita. Kami hanya diberi masa 15 minit. Walaupun agak singkat, tapi ia merupakan satu pengalaman yang baru dan kami sangat seronok.

Di tagal,Luanti


Setelah selesai, kami terus bergerak ke Desa Dairy Cattle, Mesilou, Kundasang. Ia terletak di kaki gunung Kinabalu di Mesilou, Kundasang. Tempatnya sangat cantik alah-alah ladang lembu di New Zealand. Kami juga sempat melihat lembu-lembu diperrah susu tepat pada jam 3 petang.

Berposing di desa cattle


Tidak sekadar melihat pemandangan yang cantik seperti berada di luar negara, kami juga berpeluang membeli susu kotak, waffle dan juga aiskrim yang sangat sedap. Walaupun hujan, kami berkesempatan memberi memberi makan kambing dan anak lembu. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan dan kami pasti akan ke sini lagi.

Aksi deena memegang kambing


Pada hari terakhir, kami sempat berkunjung ke Kinabalu National Park. Ia merupakan pintu masuk kepada pendaki yang ingin mendaki gunung Kinabalu. Pemandangan di sana sangat cantik dan kita dapat melihat pemandangan gunung Kinabalu dari jarak yang dekat. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Setelah puas bergambar, kami terus bergerak pulang ke Kota Kinabalu.


Bergambar di Kinabalu Park

Sunday, 26 March 2017

TIPS HILANGKAN JERAGAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua. Diharap semuanya sihat. Pada entry kali ini saya akan kongsikan tips untuk hilangkan jeragat/ bintik hitam.

Jeragat merupakan antara musuh utama kaum wanita. Ini kerana ia menjadikan wajah nampak kusam, kurang berseri. Jeragat ini berpunca daripada pembentukan sel-sel kulit mati,pembentukan minyak dan juga bakteria yang terjadi pada bahagian wajah.

Kali ini, saya akan berkongsi tips hilangkan jeragat/bintik hitam secara semulajadi tanpa bahan-bahan kimia berbahaya dan ia juga sangat mudah didapati di kedai runcit dan pasaraya.

1. Cuka epal

Ia berfungsi untuk mengeluarkan minyak yang berlebihan pada wajah. Hanya sapu pada wajah menggunakan kapas. Biarkan seketika dan bilas.

2. Jus Lemon

Ia berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati dan menggantikan dengan sel-sel yang baru. Sapu pada wajah. Biarkan seketika dan bilas.

3. Putih Telur

Ia sangat bagus untuk memutihkan kulit dan mengurangkan bintik hitam. Sapu pada wajah. Biarkan seketika dan bilas.

4. Amalkan pemakanan seimbang

Selalulah melebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang kurang berkhasiat dan berminyak.

5. Minum air secukupnya.

Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk membantu pembentukan sel kulit yang sihat.

6. Amalkan suplemen yang betul.

Pengambilan suplemen semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya sangat disyorkan. Produk shaklee amat sesuai diamalkan kerana ia membantu dalaman kita lebih sihat. Antaranya ialah :


  • Nutriwhite  gentle action makeup remover
        Membantu menanggalkan sel kulit mati sekaligus menjadikan kulit bersih dan licin
  • Vita c Plus
         Membantu memudarkan jerawat dan membantu penghasilan kolagen pada kulit
  • Vita e Complex
         Membantu memulihkan sel kulit rosak dan menghalang penghasilan bintik hitam
  • Esp
        Kaya dengan sumber protein yang membantu memudarkan jeragat
  • Vivix
         Membantu membaiki sel yang rosak sekaligus membina sel yang sihat


shaklee beaufort, shaklee sipitang, shaklee papar, shaklee sabah





Thursday, 23 March 2017

KESAN PENGAMBILAN SUPLEMEN SHAKLEE KEPADA DIRI SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Di harap semuanya sihat dalam cuaca yang sangatlah panas ketika ini. Saya bersyukur masih diberi kesihatan yang baik dan diberi kemudahan untuk mengemaskini blog saya walaupun pelbagai cabaran yang saya hadapi.

Kali ini saya kongsikan kenapa saya masih setia bersama shaklee dan kesan pengambilan suplemen shaklee kepada diri saya.

Suplemen shaklee sangat unik. Ini kerana ia sangat semulajadi, mempunyai beratus kajian sebelum dipasarkan dan yang paling saya kagum, shaklee sanggup melabur jutaan dolar untuk projek landmark study iaitu mengkaji tahap kesihatan pengguna shaklee yang telah mengambil suplemen shaklee lebih 20 tahun. 

Daripada keputusan landmark study, ternyata tahap kesihatan pengamal suplemen shaklee jauh lebih baik berbanding pengguna yang langsung tidak mengamalkan suplemen dan pengguna yang mengamalkan suplemen jenama lain. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang landmark study, nanti saya akan terangkan pada entry yang akan datang.

Oleh kerana itu, saya tidak ragu-ragu untuk mengamalkan suplemen shaklee kerana shaklee sangatlah komited dengan produknya seperti yang saya nyatakan di atas. Saya telah mengamalkan suplemen shaklee sejak tahun 2014 dan shaklee banyak merubah hidup saya menjadi lebih baik dan lebih sihat.

Saya berjaya hamil sejak konsisten mengambil set kesuburan shaklee. Saya dan suami amalkan selama setahun. Alhamdulillah saya berjaya hamil dan sekarang anak saya Adeena sudah berusia lebih 11 bulan.


shaklee beaufort, shaklee papar, shaklee sipitang, shaklee sabah
My shaklee effects


Dengan set kesuburan shaklee ,jerawat di muka saya juga beransur hilang. Ia amat menggembirakan saya kerana berbagai produk yang saya cuba, hanya memberi kesan yang singkat sahaja. 

Saya juga konsisten mengambil set menyusu shaklee. Dan sekarang ini saya konsisten mengambil set kehamilan shaklee untuk membantu saya cukupkan nutrisi ketika hamil. 

Alhamdulillah, produk shaklee telah banyak membantu saya kekal sihat, bertenaga, kulit makin cantik, jerawat makin hilang,tidak lagi mengalami sakit badan dan stress pun makin berkurangan. Ia adalah perubahan paling besar dalam hidup saya.

Dengan suplemen shaklee, ia telah banyak merubah diri saya juga menjadi lebih baik dari segi kehidupan dan juga kesihatan. Alhamdulillah saya sudah mengamalkan produk shaklee lebih 3 tahun dan saya amat yakin dengan keberkesanan produk shaklee.  

Wednesday, 22 March 2017

VIVIX SHAKLEE BANTU KURANGKAN BACAAN KOLESTROL JAHAT

Assalamualaikum dan salam sejathtera pembaca semua. Saya harap anda semua sihat. Dalam entry kali ini saya akan kongsikan mengenai bagaimana vivix bantu kurangkan bacaan kolestrol jahat.

Tubuh badan kita sebenarnya amat memerlukan kolestrol baik iaitu kolestrol HDL. Tetapi apabila kita sentiasa makan makanan yang berlemak dan tinggi kolestrol akan menyebabkan peningkatan kolestrol jahat iaitu kolestrol LDL.

Kolestrol LDL digelar kolestrol jahat kerana ia boleh menyebabkan salur darah tersumbat sekaligus boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit berbahaya yang boleh mengancam nyawa.

shaklee beaufort, shaklee papar, shaklee sipitang, shaklee sabah


Oleh itu, untuk mencegah daripada menjadi lebih serius, vivix shaklee amat sesuai untuk membantu mengurangkan bacaan paras kolestrol jahat. Ini kerana vivix mengandungi resveratrol yang membantu membaiki sel dan melindungi sel terutamanya di sekitar salur darah. Jadi vivix melindungi salur darah kita sekaligus mencegah kolestrol jahat dari memasuki salur darah.

Tuesday, 21 March 2017

RESEPI MEMERIAHKAN SUSU IBU

Apabila susu meriah, pasti ibu gembira sekaligus bayi juga tidak merengek dan cepat kenyang. Itu adalah sesuatu yang menyeronokkan dan ia pasti menyenangkan ibu.

Dalam entry kali ini, saya ingin kongsikan resepi untuk membantu para ibu memeriahkan lagi susu ibu ataupun dari erti kata lain, resepi milkbooster.

Pertama sekali, sediakan bahan-bahan. Ia sangat senang didapati di pasaraya dan kedai runcit.

Bahan-bahan :

- susu segar dutch lady (setengah kotak besar)
- Kurma (ikut citarasa anda)
- Badam (ikut citarasa anda)
- ESP 2 sudu


shaklee beaufort, shaklee sipitang, shaklee papar, shaklee sabah


Cara -cara:

1.campurkan kesemua bahan di dalam pengisar/blender
2. Kemudian kisarkan semua bahan sehingga pekat
3. Tuangkan di gelas atau botol untuk dinikmati.


shaklee beaufort, shaklee papar, shaklee sipitang, shaklee sabah


Resepi ini amat mudah bukan. Para ibu boleh mencuba. Insyaa Allah akan membantu para ibu untuk memeriahkan lagi susu ibu. Selamat mencuba

Monday, 20 March 2017

VIVIX SHAKLEE BANTU TURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH

Assalamualaikum dan sejahtera pembaca semua. Kali ini saya ingin kongsikan bagaimana vivix shaklee bantu turunkan paras gula dalam darah.

Kini masalah paras gula dalam darah sering didengari. Jadi, masalah ini tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh menyebabkan buah pinggang rosak sehingga perlu dialisis.

Antara supplemen shaklee yang berkesan dan selamat digunakan untuk menurunkan paras gula dalam darah ialah vivix. Ia merupakan suplemen yang sangat tinggi antioksida. Vivix juga membantu insulin dibawa ke dalam otot sekaligus boleh menurunkan paras gula.


shaklee beaufort, shaklee papar, shaklee sipitang, shaklee sabah



Vivix boleh membantu mengurangkan radikal bebas dengan menghalang pembentukan Advanced Glycation End Produts (AGE) dimana AGE boleh menyebabkan komplikasi kepada pesakit yang mempunyai paras gula yang tinggi dalam darah. Resveratrol yang terdapat dalam vivix boleh melambatkan pembentukan AGE.

Kesimpulannya, amalkan pemakanan seimbang. Elakkan mengambil makanan yang tidak berkhasiat. Amalkan suplemen shaklee terutama vivix untuk membantu anda kekal sihat dan sekaligus dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya.


Sunday, 19 March 2017

5 TIPS DAN PETUA UNTUK KULIT KEKAL CANTIK DAN AWET MUDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada entry saya kali ini, saya ingin kongsikan 5 tips dan petua untuk kekal cantik dan awet muda dengan cara yang sihat dan semulajadi.

Wanita secara umumnya memang sinonim dengan kecantikan. Apa sahaja produk yang menjanjikan kulit cantik, putih mulus pasti akan dicuba dan kadangkala tidak lagi menitikberatkan kandungan sesuatu produk.

Jika kita lihat pada zaman sekarang, banyak produk di pasaran yang boleh menjadikan kulit kita cantik,mulus, putih dengan masa yang agak singkat. Berhati-hatilah dengan produk sebegini kerana ia berkemungkinan mengandungi merkuri dan juga bahan kimia yang berbahaya sekaligus memberi kesan sampingan yang bahaya pada diri anda.




Di sini saya kongsikan 5 tips dan petua untuk kulit kekal cantik dan sekaligus kelihatan awet muda.

1. Minum air secukupnya

Kita kena minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Jika kurang minum air, maka kulit kita akan menjadi kering dan kusam.

2. Kurangkan stress

Jika kita stress, maka proses penuaan pada wajah akan cepat berlaku. Jadi elakkan stress dan sentiasa berfikiran positif.

3. Amalkan pemakanan yang sihat

Jika ingin selalu kelihatan cantik, maka kita perlu amalkan pemakanan yang sihat dan juga seimbang. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ambil makanan yang banyak serat. Ia juga adalah salah satu cara menjaga kulit muka daripada jerawat.

4. Amalkan aktiviti yang sihat

Selalulah melakukan aktiviti yang sihat seperti bersenam. Ia boleh menggerakkan otot-otot kita supaya sihat sekaligus menjadikan kita lebih bertenaga dan kekal aktif. Apabila kekal bertenaga, maka kita yakin untuk tampil cantik.

5. Amalkan suplemen yang betul.

Saya syorkan ambil suplemen yang semulajadi dan bebas bahan kimia seperti vivix shaklee. Ini salah salah satu cara mudah untuk tampil cantik tanpa menelan tablet yang banyak dengan hanya 1 sudu sehari secara konsisten. Ia bertindak memperbaiki sel yang rosak sekaligus membuatkan kita kelihatan awet muda.Vivix juga bantu kurangkan lemak sekaligus badan kekal langsing. 

Jika dalaman sihat,In syaa Allah luaran juga akan sihat sekaligus kecantikan juga akan terserlah tanpa perlu mengambil produk yang mendatangkan kesan bahaya kepada diri anda. Itu sahaja yang dapat saya kongsikan kepada anda. Semoga berjumpa lagi pada entry yang akan datang.




Saturday, 18 March 2017

AKTIVITI KEGEMARAN SAYA BERSAMA ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua. Kali ini saya akan berkongsi aktiviti kegemaran saya bersama anak dan juga keluarga saya.

Aktiviti kegemaran kami semestinya jalan-jalan bersama keluarga. Anak saya Adeena memang suka dibawa berjalan. Baru-baru ini kami sekeluarga telah pergi ke suatu tempat yang agak unik iaitu terletak di Syahbandar, Tuaran.

Tempat tersebut mirip dengan suatu tempat yang terletak di Amerika Syarikat iaitu Texas. Ini kerana bangunan di sana alah-alah comboy town yang mirip zaman cowboy dahulu kala.

Di sana juga terdapat pelbagai kenderaan antik yang dipamerkan. Pengunjung boleh mengambil gambar pada kenderaan yang dipamerkan tanpa had tertentu. Kami juga tidak melepaskan peluang bergambar untuk disimpan sebagai kenangan.


shaklee beaufort, shakleesipitang,shaklee papar,shaklee sabah


Tempat pun alah comboy town kan. Semestinya ada kuda. Banyak kuda yang dipamerkan dan majoritinya kelihatan seperti kuda yang diimport dari luar negara. Ini kerana saiz kuda yang dipameekan di sana agak besar.

Perkhidmatan menunggang kuda juga disediakan tetapi dengan bayaran. Tetapi kami kurang berminat untuk mencuba kerana bagi kami bayarannya agak mahal dan masa menunggang agak singkat.

Cafe juga disediakan kepada pengunjung. Cuma harga makanan dan minuman boleh dikatakan agak mahal juga. Kami hanya membeli minuman untuk basahkan tekak kerana cuaca di sana agak panas.

Setelah berpusing-pusing kesemua kawasan, sebelum pulang, kami sempat bergambar kenangan di hadapan bangunan cowboy town. Bangunan yang sangat unik dan hanya satu-satunya tempat seumpamanya di negeri Sabah. 


shaklee beaufort, shaklee sipitang, shaklee papar, shaklee sabah

Friday, 17 March 2017

KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG

Blog merupakan medium untuk kita berkongsi pendapat dan juga ilmu pengetahuan tentang kehidupan, kesihatan dan macam-macam lagi.

Dari blog, kita dapat menulis apa yang terbuku dari hati kita dan kita juga dapat meluahkan segala apa yang kita rasa perlu untuk dikongsikan kepada orang lain.

Blog juga boleh dijadikan sebagai diari harian dan juga sebagai jurnal harian kita. Jadi apabila kita sudah tua kemudian hari, kita boleh membaca kembali apa yang kita telah kongsikan.

Dari blog juga kita boleh menambah kenalan atau followers yang selalu membaca blog kita. Dan sekaligus kita boleh bertukar pendapat dan juga ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Bagi saya ia adalah sesuatu yang amat menyeronokkan sebenarnya.





Dengan blog juga, saya dapat berkongsi produk kesihatan atau makanan tambahan yang saya amalkan. Di zaman sekarang ini, bagi saya suplemen tambahan bukan lagi kehendak malah ia merupakan keperluan. Jadi saya ingin memberi pengetahuan kepada semua tentang pentingnya suplemen yang semulajadi, berkesan dan mempunyai kajian bertahun-tahun.

Saya juga dapat melatih diri saya menulis dan mengarang sendiri. Saya akui pada mulanya agak kekok. Tetapi lama kelamaan saya menjadi sangat seronok untuk menulis sekaligus mencabar diri saya yang sebelum ini tidak pernah mempunyai blog.

Dengan adanya blog ini, apa sahaja ilmu yang saya boleh kongsikan in syaa Allah akan memberi manfaat kepada orang lain yang membaca sekaligus pahala juga akan berterusan. Ini kerana blog tidak akan pupus dan in syaa Allah akan kekal sampai bila-bila selagi ia memberi ilmu bermanfaat kepada sesiapa yang membaca.

Akhir kata, terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca post saya.

Thursday, 16 March 2017

SET YANG SAYA AMALKAN SEKARANG IAITU SET KEHAMILAN SHAKLEE

Seorang ibu mengandung secara amnya perlukan zat dan nutrisi yang cukup dan juga perlu mengambil makanan yang berkhasiat disamping suplemen yang membantu cukupkan nutrisi harian bagi ibu mengandung.


Jika kekurangan zat dan nutrisi, ibu akan mendapat pelbagai masalah kesihatan. Antaranya masalah anemia dan ia juga sekaligus mempengaruhi pertumbuhan bayi dalam kandungan.



Biasanya ibu mengandung akan mengalami simptom kehamilan seperti morning sickness,muntah dan loya, kurang selera makan dan selalu keletihan. Ini biasanya dialami oleh ibu mengandung pada trimister pertama.



Tetapi kesemua simptom kehamilan ini dapat dikurangkan dengan pengambilan nutrisi yang secukupnya. Set kehamilan shaklee amat sesuai diamalkan kerana setiap vitamin mempunyai zat dan nutrisi yang sangat baik untuk ibu mengandung. 



Set ini yang saya amalkan sejak kehamilan anak pertama lagi. Alhamdulillah selama saya amalkan set kehamilan ini, saya tidak mengalami anemia dan bayi dalam kandungan juga sihat tanpa sebarang masalah.


Antara vitamin yang terdapat dalam set kehamilan Shaklee ialah :

1. Vitalea

Mengandungi iron (zat besi) yang membantu ibu mengandung yang mempunyai masalah pitam dan enemia

2. Vita c plus

Membantu menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga membantu meningkatkan sistem imun

3. B complex

Mengandungi asid folik yang penting untuk pertumbuhan tulang bagi mengelakkan kecacatan bayi.

4. Ostematrix

Merupakan sumber kalsium terbaik dimana ia dapat mengelakkan ibu mengandung kekejangan otot dan sakit badan.

5. ESP

Membantu memberi tenaga kepada ibu mengandung dan juga bantu dalam pembentukan otot dan organ bayi.

6. Omega guard

Sangat sesuai diambil semasa trimister kedua dan ketiga. Ia mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting dalam pembentukan otak dan juga mata bayi.



Wednesday, 15 March 2017

TIPS MEMERIAHKAN SUSU IBU (SET PENYUSUAN SHAKLEE)

Saya tahu mungkin ramai ibu yang runsing susu badan semakin lama semakin berkurangan. Dan ini juga akan mendatangkan stress terutama bagi ibu yang mula berkerja dan terpaksa megepam.

Antara penyebab susu ibu merundum ialah ransangan dari bayi tidak mencukupi, selalu stress,kurang rehat dan tidur, tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan juga teknik pam yang salah.

Saya faham ibu yang akan mula bekerja akan merasa stress kerana terpaksa mengepam susu untuk bayi mereka terutama bagi ibu yang mempunyai jadual kerja yang padat sehingga tiada masa untuk mengepam.

Jadi,ibu-ibu janganlah runsing. Di sini saya kongsikan tips memeriahkan susu ibu.

1. Jauhi stress

Ini sangat penting kerana jika ibu stress, maka penghasilan susu juga akan merundum. Jadi tenangkan fikiran dan sentiasa positif.

2. Amalkan konsep demand dan supply

Selalulah menyusukan bayi anda dan sentiasa pam susu anda dengan kerap. Ini kerana semakin kerap menyusukan bayi dan mengepam,maka semakin banyak susu yang akan terhasil. Pastikan anda kosongkan payudara selepas menyusu dan mengepam. Ingat, kalau demand tinggi maka supply pun akan tinggi.

3. Pemakanan yang seimbang
Ibu menyusu perlu makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan pengambilan buah-buahan dan sayuran mencukupi.

4. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari

Ibu menyusu perlu mengambil air yang secukupnya dan lebihkan pengambilan air kosong. Kalau tidak cukup air, macam mana nak susu meriah kan.

5. Amalkan vitamin yang membantu meriahkan susu iaitu set penyusuan shaklee

Ternyata set penyusuan shaklee banyak membantu ibu meriahkan susu. Antara vitamin yang terdapat dalam set penyusuan shaklee ialah

  • ESP- bantu pekatkan susu ibu,bantu meningkatkan penghasilan susu ibu
  • Vita lea - penting untuk ibu dan bayi kerana ia mempunyai nutrisi yang sangat lengkap
  • vita c plus- penting untuk sistem imun bayi
  • b complex- penting untuk saraf bayi dan bantu menguatkan tulang bayi
  • ostematrix- merupakan sumber kalsium terbaik kerana kalsium dan tulang ibu akan diserap untuk menghasilkan susu dan ia juga bantu mengurangkan risiko sakit gigi,sakit belakang ibu
  • alfalfa- merupakan milk booster dan mengandungi enzim penting untuk penghadaman.





Tuesday, 14 March 2017

VITAMIN SHAKLEE KEGEMARAN SAYA

Alhamdulillah, tahun 2017 merupakan tahun ke 3 saya mengamalkan produk shaklee secara konsisten

Boleh dikatakan semua vitamin shaklee adalah kegemaran saya. Ini kerana kesemua vitamin shaklee sangat berkesan, sangat semulajadi dan juga sangat selamat untuk digunakan setiap hari. Vitamin shaklee amat mudah dibawa ke mana-mana terutamanya vitamin berbentuk pil

Salah satu vitamin kegemaran saya ialah ostematrix. Ia bukan sahaja vitamin untuk kesihatan tulang, malah ia juga amat bagus untuk masalah sembelit dan juga insomnia iaitu sindrom susah untuk tidur malam. 

Dahulu saya pernah mengalami masalah sakit gigi yang agak teruk. Boleh saya katakan dalam tempoh sebulan, hampir 5 kali saya diserang sakit gigi. Masalah ini amatlah merunsingkan saya sehingga saya tidak dapat tidur malam. Sakit gigi adalah salah satu punca kekurangan kalsium.


ostematrix shaklee

Tetapi, dengan adanya ostematrix, masalah yang saya selalu hadapi dahulu dapat diatasi. Setiap malam saya memang konsisten ambil ostematrix sebelum tidur. Ia amatlah berkesan terhadap diri saya apabila keesokkan harinya saya lebih cergas dan amat memudahkan saya melakukan kerja-kerja rumah.

Ostematrix juga merupakan suplemen yang sangat unik. Ini kerana ostematrix mempunyai ujian bioavaility, iaitu meguji kadar penyerapan ostematrix dalam badan kita. Jadi, apabila kita mengambil ostematrix, semuanya akan diserap oleh badan.

Sehingga sekarang, saya sentiasa konsisten mengambil ostematrix setiap hari. Tidak lengkap rutin harian saya tanpa ostematrix. Ia sangat berbaloi dan tidak rugi untuk diamalkan setiap hari.


Monday, 13 March 2017

BAGAIMANA SAYA MENGENALI SHAKLEE DAN KENAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE

Sebelum mengenali shaklee, saya juga pernah mencuba produk makanan tambahan untuk kecantikan yang majoritinya adalah produk dari negara kita sendiri.

Saya memilih untuk mencuba kerana saya ingin kekal cantik, kulit halus dan sentiasa kelihatan awet muda. Kebanyakan produk yang saya cuba pada mulanya sahaja memberi kesan kepada saya. Lama kelamaan, kulit muka saya kembali kusam dan jerawat tumbuh kembali.

Semasa saya bekerja di sebuah tadika swasta 3 tahun yang lepas, pada masa itulah saya tahu tentang shaklee. Ini kerana salah seorang ibu murid telah menghadiakan guru-guru vitamin shaklee iaitu ostematrix sempena hari guru. Pada waktu itu saya kurang berminat untuk mencuba vitamin tersebut kerana bagi saya saiz vitamin tu agak besar untuk ditelan.

Sehinggalah saya bertemu dengan biras saya yang merupakan seorang yang sangat aktif berbisnes shaklee. Beliau telah berjaya membuka hati saya untuk mencuba dan mengambil suplemen shaklee secara konsisten, Beliau telah banyak memberi pengetahuan kepada saya tentang kebaikan dan keberkesanan produk shaklee.

Setelah konsisten produk shaklee, saya dapat rasakan keberkesanan produk tersebut. Saya menjadi semakin cergas. Kulit saya makin berseri-seri. Jerawat makin kurang dan gigi saya tidak lagi selalu sakit seperti selalu.

Keyakinan saya terhadap produk shaklee semakin tinggi apabila saya konsisten mengambil set kesuburan shaklee. Setelah setahun keguguran, akhirnya saya mengandung. Saya amat bersyukur kerana produk shaklee telah banyak membantu saya di samping saya berikhtiar dan berdoa.



Ibu pejabat shaklee yang terletak di Pleasanton, California


Sejak itulah saya sentiasa konsisten mengambil produk shaklee dan saya sudah tidak memandang lagi dengan produk lain terutamanya produk yang berkaitan dengan kesihatan.

Produk shaklee juga sangat semulajadi dan telah menjalankan kajian bertahun-tahun untuk memastikan produk shaklee sentiasa berkesan dan juga selamat untuk digunakan.

Saya sangat bersyukur dipertemukan dengan produk shaklee yang banyak membantu saya untuk sentiasa kekal cergas, aktif dan juga sihat. Dengan produk shaklee juga saya lebih banyak mempelajari tentang kesihatan dan juga kehidupan yang lebih baik.

Sunday, 12 March 2017

TENTANG DIRI SAYA

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya

Saya Susanti Osman. Saya berasal dari Papar Sabah. Sekarang saya menetap di Beaufort Sabah.

Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang baru berusia 11 bulan. Alhamdulillah, kini saya sedang mengandung anak kedua.

Saya merupakan suri rumah sepenuh masa. Melayari internet, membaca dan menonton video merupakan hobi saya.

Sekarang ini, saya juga menjalankan perniagaan dari rumah. Ia adalah satu kepuasan bagi saya kerana saya boleh fokus menjaga anak saya sendiri.

Wujudnya blog ini adalah kerana saya ingin membantu lebih ramai orang di luar sana untuk kekal sihat dan mengamalkan cara hidup sihat. Melalui blog inilah saya bole berkongsi pengetahuan tentang gaya hidup sihat.


shaklee Beaufort, shaklee Papar, shaklee Sipitang, shaklee Sabah


Saya memilih untuk menamakan blog ini dengan nama ummu deena bersempena nama anak saya Adeena dan dia adalah sumber inspirasi dan kekuatan saya untuk terus berjuang dalam hidup.

Adeena adalah permata hati yang kami nantikan setelah setahun lebih berkahwin dan setelah saya keguguran. Selain berdoa, saya juga berikhtiar dan mengambil suplemen semulajadi bagi membantu badan saya lebih sihat.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada keluarga terutama suami tersayang yang sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada saya.