Blog merupakan medium untuk kita berkongsi pendapat dan juga ilmu pengetahuan tentang kehidupan, kesihatan dan macam-macam lagi.
Dari blog, kita dapat menulis apa yang terbuku dari hati kita dan kita juga dapat meluahkan segala apa yang kita rasa perlu untuk dikongsikan kepada orang lain.
Blog juga boleh dijadikan sebagai diari harian dan juga sebagai jurnal harian kita. Jadi apabila kita sudah tua kemudian hari, kita boleh membaca kembali apa yang kita telah kongsikan.
Dari blog juga kita boleh menambah kenalan atau followers yang selalu membaca blog kita. Dan sekaligus kita boleh bertukar pendapat dan juga ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Bagi saya ia adalah sesuatu yang amat menyeronokkan sebenarnya.
Dengan blog juga, saya dapat berkongsi produk kesihatan atau makanan tambahan yang saya amalkan. Di zaman sekarang ini, bagi saya suplemen tambahan bukan lagi kehendak malah ia merupakan keperluan. Jadi saya ingin memberi pengetahuan kepada semua tentang pentingnya suplemen yang semulajadi, berkesan dan mempunyai kajian bertahun-tahun.
Saya juga dapat melatih diri saya menulis dan mengarang sendiri. Saya akui pada mulanya agak kekok. Tetapi lama kelamaan saya menjadi sangat seronok untuk menulis sekaligus mencabar diri saya yang sebelum ini tidak pernah mempunyai blog.
Dengan adanya blog ini, apa sahaja ilmu yang saya boleh kongsikan in syaa Allah akan memberi manfaat kepada orang lain yang membaca sekaligus pahala juga akan berterusan. Ini kerana blog tidak akan pupus dan in syaa Allah akan kekal sampai bila-bila selagi ia memberi ilmu bermanfaat kepada sesiapa yang membaca.
Akhir kata, terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca post saya.
No comments:
Post a Comment