Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya
Saya Susanti Osman. Saya berasal dari Papar Sabah. Sekarang saya menetap di Beaufort Sabah.
Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang baru berusia 11 bulan. Alhamdulillah, kini saya sedang mengandung anak kedua.
Saya merupakan suri rumah sepenuh masa. Melayari internet, membaca dan menonton video merupakan hobi saya.
Sekarang ini, saya juga menjalankan perniagaan dari rumah. Ia adalah satu kepuasan bagi saya kerana saya boleh fokus menjaga anak saya sendiri.
Wujudnya blog ini adalah kerana saya ingin membantu lebih ramai orang di luar sana untuk kekal sihat dan mengamalkan cara hidup sihat. Melalui blog inilah saya bole berkongsi pengetahuan tentang gaya hidup sihat.
Saya memilih untuk menamakan blog ini dengan nama ummu deena bersempena nama anak saya Adeena dan dia adalah sumber inspirasi dan kekuatan saya untuk terus berjuang dalam hidup.
Adeena adalah permata hati yang kami nantikan setelah setahun lebih berkahwin dan setelah saya keguguran. Selain berdoa, saya juga berikhtiar dan mengambil suplemen semulajadi bagi membantu badan saya lebih sihat.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada keluarga terutama suami tersayang yang sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada saya.
No comments:
Post a Comment