Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menulis. Kali ini saya akan kongsikan percutian saya bersama keluarga di kundasang.
Kami bercuti pada bulan disember tahun lepas iaitu dari 2 disember sehingga 4 disember 2016. Alhamdulillah perjalanan kami ke kundasang sangat lancar walaupun cuaca ketika itu agak mendung dan berkabus.
Kami menginap di walai tokou homestay. Ia merupakan perkampungan yang majoritinya merupakan homestay. Harganya juga sangat berpatutan. Layanan tuan rumah juga sangat baik. Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur,ruang tamu yang luas, 2 tandas dan ruang dapur yang sangat selesa.
Pada hari pertama. kami sampai agak lewat. Jadi kami merancang untuk berjalan pada esok sahaja. Lagipun kami memerlukan rehat yang secukupnya untuk perjalanan esok.
Esoknya kami meneruskan percutian kami ke Poring, Hot Spring, Ranau. Ia mengambil masa selama 45 minit dari kundasang. Jika ingin merasa air panas semulajadi, bolehlah berkunjung ke sini. Pengunjung boleh mandi manda samada di kawasan terbuka atau kolam yang disediakan dalam bilik. Kami memilih mandi di dalam bilik sahaja kerana ia sangat selesa terutama bagi saya yang berhijab.
Aksi deena di poring hot spring
Setelah puas mandi manda, kami pun meneruskan perjalanan ke Tagal, Sungai Moroli, Kg Luanti Baru, Ranau. Di sana, kita dapat melihat ikan tagal sambil memberi makanan. Ikan ini sangat unik kerana apabila kita menghampiri kawasan ikan tersebut, ia kan menggigit manja kaki kita. Kami hanya diberi masa 15 minit. Walaupun agak singkat, tapi ia merupakan satu pengalaman yang baru dan kami sangat seronok.
Di tagal,Luanti
Setelah selesai, kami terus bergerak ke Desa Dairy Cattle, Mesilou, Kundasang. Ia terletak di kaki gunung Kinabalu di Mesilou, Kundasang. Tempatnya sangat cantik alah-alah ladang lembu di New Zealand. Kami juga sempat melihat lembu-lembu diperrah susu tepat pada jam 3 petang.
Berposing di desa cattle
Tidak sekadar melihat pemandangan yang cantik seperti berada di luar negara, kami juga berpeluang membeli susu kotak, waffle dan juga aiskrim yang sangat sedap. Walaupun hujan, kami berkesempatan memberi memberi makan kambing dan anak lembu. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan dan kami pasti akan ke sini lagi.
Aksi deena memegang kambing
Pada hari terakhir, kami sempat berkunjung ke Kinabalu National Park. Ia merupakan pintu masuk kepada pendaki yang ingin mendaki gunung Kinabalu. Pemandangan di sana sangat cantik dan kita dapat melihat pemandangan gunung Kinabalu dari jarak yang dekat. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Setelah puas bergambar, kami terus bergerak pulang ke Kota Kinabalu.
Bergambar di Kinabalu Park
No comments:
Post a Comment