Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Pada entry kali ini saya akan berkongsi tips dan cara mengurangkan stress.
Saya pasti setiap orang pasti pernah melalui stress atau tekanan. Terdapat banyak sebab yang menyebabkan kita stress, antaranya tekanan di tempat kerja, masalah keluarga, masalah kewangan, masalah kesihatan dan banyak lagi.
Jika kita membiarkan perkara ini tanpa penyelesaian yang betul, ia akan menyebabkan kita bertambah stress dan seterusnya menyebabkan kemurungan yang melampau. Dan sekaligus boleh memberi impak yang tidak baik terhadap kesihatan. Lama kelamaan akan memusnahkan kehidupan kita.
Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk kurangkan stress.
1. Tidur yang cukup
Tidur yang mencukupi berperanan penting untuk mengimbangkan emosi kita. Kita akan menjadi lebih positif kerana mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan rutin harian.
2. Melakukan terapi
Dengan melakukan terapi seperti bersiar-siar dan bercuti dapat mengurangkan rasa stress sekaligus dapat menenangkan fikiran dan emosi.
3. Eratkan hubungan dengan Pencipta
Sebagai umat Islam, kita harus mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan segala perintahnya dan melakukan perkara-perkara yang disukai Allah. Ia sekaligus menjadikan kita lebih tenang dan stress pun dapat dielakkan.
4. Menjaga kesihatan
Jika kesihatan kita baik, maka emosi pun dapat dikawal dengan tenang kerana jika kita sakit, maka kita pun makin senang untuk stress.
5. Bawa berbincang jika ada masalah
Haruslah dibawa berbincang dengan orang yang tersayang tentang masalah yang dihadapi dan minta pendapat bagaimana menyelesaikan suatu masalah. Ia sekaligus mengurangkan tekanan yang kita hadapi.
Saya berharap tips yang saya kongsikan akan dapat membantu anda menangani stress dan mengawal emosi. Diharap ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment